Aisyah merenung ke arah meja makan. Entah siapa punya telefon bimbit yang tertinggal agaknya dia pun tidak tahu. Sesekali lehernya menoleh ke kiri dan kanan memastikan sebarang kelibat si pemilik telefon ini datang mencari. Kemudian lehernya dipanjangkan menjangkau pandangan ke arah orang ramai. Tiada sesiapa yang sibuk mencari barang. Hatinya masih ragu berteka-teki ‘Siapa punya ni?’

Akhirnya telefon bimbit itu dicapai jua lalu dibeleknya penuh malas. Dia bukan minat sangat dengan benda-benda berteknologi tinggi ni lebih-lebih kalau kecanggihannya melepasi tahap pengetahuannya. Tangan Asyah menekan-nekan punat-punat kecil itu. Pakai hantam saja janji boleh berfungsi. Nasib lah kalau menjadi. Harap-harap menjadilah. Entah apa yang ditekannya tiba-tiba telefon itu membuat satu panggilan. Dia kaget lalu mematikan panggilan itu. Bermacam-macam butang yang ditekannya namun panggilan itu terus berdering.

Dipejabat, Kamal sibuk membincangkan projek terbarunya bersama teman sebelum dibentangkan dihadapan lembaga pengarah. Dia yakin projek mega ini bakal mengembangkan lagi potensinya didalam syarikat. Dengan penuh semangat Kamal meluahkan semua hasil ideanya dihadapan rakan-rakannya. Dia mahu mereka turut sama teruja memberi komen-komen bernas. Namun, sikap terujanya tergugah dek gangguan deringan telefon yang kejap berbunyi kejap lagi terhenti. Memang terganggu sungguh!
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kamal berdengus geram. Nampaknya Diana memang tak serik-serik merayu macam ulat bulu. Tergedik sana tergedik sini. Dah banyak kali dikatakan pada gadis itu; hubungan mereka setakat itu sahaja. Tak faham lagi ke?
‘Anak Tengku Ahmad ni tak reti bahasa ker?' jerkah hati Kamal mengomel geram. Tangannya merentap telefon bimbit yang tersisip ditepi tali pinggangnya. Tubuhnya dibawa ke satu sudut jauh dari rakan-rakannya.

"Hello! you nak apa lagi ni Diana?"sergah Kamal marah namun suaranya ditahan-tahan agar tidak melepasi hingga ke pendengaran yang lain.

Aisyah terkedu.

Panggilan itu spontan dimatikan. Lalu telefon itu diletakkan diatas meja semula. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ada.... Tak pasal-pasal dia pulak yang kena marah.

Aisyah termenung seketika.

'Apsal marah sangat orang tu?'hatinya berdongkol geram sendirian. Matanya mencari-cari seketika kelibat seseorang. Sudah hampir sejam ditunggu ayahnya namun lelaki itu masih tidak kelihatan. Aisyah mengeluh perlahan. ‘Mana ayah ni?” soalan itu bermain di mindanya. Aisyah capai semula telefon bimbit itu lalu didail sekali lagi. Kali ini kalau kena marah biar dia marahkan balik. Berani ke? Ah, kalau tak berani tahankan saja telinganya nanti.

"Kau ni dah tak ada kerja lain ke?" marah Kamal apabila kesabarannya dicabar. Kejap on kejap off handphone. Sesuka hati nak main-main dengan aku.
"Errrr... saya bukan Diana." Gemersik suara halus menjamah di cuping telinganya. Terkesima Kamal seketika. Errr... si..si..siapa ni???

Gullp!!
Suara Aishah menyerap ke fikirannya. Entah mengapa kerongkong nya bagaikan kaku seketika tak mampu berkata. Siapa gerangan empunya suara itu? Ini bukan suara Diana yang biasa didengar. Suara anak Tengku Arif itu lebih menggeletek bunyinya. Mengada-ngada!

"Hello... hello!!!" suara Aisyah sedikit cemas, bimbang kalau-kalau talian terputus lagi. Nanti banyak pula bil yang nak dibayar empunya telefon ni nanti.

"Ya, Hello!" Panggilan itu segera dijawab Kamal. Terleka seketika Kamal kerana suara itu. "Tadi kata ni bukan Diana, habis tu siapa?" Tiba-tiba nada suaranya bertukar rentak. Lunak selunak-lunaknya menyerlahkan bakat romeo hidung belangnya. Sudah lama skill itu tidak digunakan lagi. Bukan tiada yang menarik tetapi kesibukan tugas menghalang untuknya bersuka ria. Dua puluh empat jam kerjanya tidak pernah habis. Tak sempat dipejabat langsung dibawa ke rumah.

Dulu bolehlah...
Masa tu zaman remaja. Tiada kerjaya. Boleh kepit perempuan itu perempuan ini. Tak payah nak fikir dateline projek. Cuma sibukkan studi. Studi pun bukan susah mana pun. Paling tidak Cuma nak siapkan assignment. Itu saja....

Tetapi...
Sesekali singgah juga dia ke disko melepaskan ketegangan kerja yang bertimbun bersama rakan-rakan sekerja berkaraoke sambil meneguk air setan dan berkenalan dengan gadis-gadis sealiran nafsu serakahnya.

"Errr... saya Aisyah. Begini encik, telefon ni tertinggal... saya nak pulangkan pada tuannya tapi saya tak tahu siapa." terang Aisyah tanpa memberi ruang Kamal bertanya walaupun sepatah."Rasanya ni isteri cik punya."
'What? isteri? bila masa aku kahwin?'

“Errrr…. Apa susah, you ambil je telefon tu. Tuan dia boleh beli baru.” Sergah Kamal selamba. Tiada tindakbalas. Senyap. Panggilan itu pantas dimatikan Kamal segera. Malas kalau diminta memulangkan telefon bimbit kepunyaan Diana. Nanti dikata dia datang melutut pula.

‘Huh! Tak hingin aku jumpa Diana lagi’
Entah mengapa tiba-tiba perasaannya rasa terkilan. Sayang kalau dia tidak tahu siapa empunya suara sesedap telinga mendengarnya. Mungkinkah cantik? Sama seperti suaranya yang lembut itu? Telefon bimbitnya didail kembali.
“Kat mana dia tinggalkan telefon tu? Kejap lagi I datang ambil.” Telefonnya dimatikan. Bibir yang sedikit merah itu dilumat dengan hujung gigi. Cuba memikirkan sesuatu tentang empunya suara itu. Kamal tersenyum sendirian.

“Mal, kau okey ke? Nak kita teruskan discussion kita ni? Or... delay?” Tanya salah seorang rakannya. Kamal masih membisu. Dia masih berkira-kira sesuatu. Apa kata hatinya tika ini? Mahu bertemu empunya suara itu atau biarkan saja?
“Kita delay, Wan.”

Aisyah memandang jam ditangannya. Sesekali melepaskan lagi keluhan bosan. Bosan sungguh menjadi seorang penunggu. Bosan menghitung masa yang pergi tanpa berbuat apa-apa. Ikutkan hati mahu saja dia tinggalkan telefon ini disini dan mengikut bapanya masuk kedalam pasaraya membeli keperluan rumah. Tiba-tiba telefon yang baru ditemui itu berbunyi. Panggilan itu segera dijawab.
“You ni yang pakai tudung pink tu kan?” berdegup jantung Aisyah apabila ditanya begitu. Matanya melilau-lilau cemas mencari gerangan si pemanggil. ‘Mana?’
“Errr… awak yang saya telefon tadikan?”
“Ha’ah! I lah... You ke yang pakai tudung pink tu?”
Aisyah tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Tumpuannya tiada lagi dalam perbualan itu sebaliknya mencari sesusuk tubuh sipemanggil yang menerjah kecorong telinganya. Dia benar-benar gementar diperlakukan begitu. Mana boleh orang memerhatikannya sebegitu?

“Hello.” spontan suara itu bergema dibelakangnya. Aisyah menoleh serentak berdiri berdepan dengan pemilik suara itu.
Kamal terkedu. Mulutnya kelu. Matanya berkelip seketika
‘God....’

“Encik….?” Aisyah bersuara ragu. Tiada respon. Melihat cara pandangan Kamal yang luar biasa ke arahnya, Aishah berdehem keras. Hatinya berdongkol marah. ‘Mata keranjang betullah mamat ni!’

Kamal tersentak seraya tersenyum. “Ohhhh... I’m Kamal. Kamal Asyriq!” Tiada selarit senyuman dibibir gadis itu. Mungkin marah kerana sudah jenuh menunggu beberapa lama disitu. Telefon bimbit yang terlekat setia digenggamannya dihulurkan kepada Kamal. Telefon itu beralih tangan.

“Sorry lambat. Jemlah tadi.” Kamal cuba memberi alasan. Gadis bercermin mata itu mengatur langkah mahu meninggalkan tempat itu. Tiada apa yang mahu dibicarakan lagi.
“Eh, nanti dulu!” Panggilan Kamal menghalang kaki Aisyah melangkah terus. Gadis itu menoleh memerhati tepat ke wajah Kamal. ‘Amboi, masamnya muka pompuan ni kalahkan cuka. Harap suara je sedap!’

“Jom saya belanja minum.”
Wajah Kamal dipandang tajam. Entah mengapa hati Aisyah menjadi panas semacam. “Umur saudara berapa?”
“35! Kenapa?”
‘35 tahun? Dasar lelaki buaya! Dah ada anak bini kat rumah, ada hati nak menggatal lagi. Jantan apa la lelaki ni..’
“Dah kahwin?”
“Belom.”
‘Penipu!!!! Tengok la tu... tak sudah-sudah nak menipu orang. Bencinya akuuuuuu....’ bentak hati Aisyah.
“You dah kahwin belum?” kali ini Kamal pula bertanya.
“Dah!” pantas sahaja mulut Aisyah menjawab. Kamal tersenyum tidak percaya. Tidak tertarikkah gadis ini dengan ketampanan nya? Cepat betul menyatakan jawapannya.
“You tipu I kan?”
“Awak tipu saya tak perasan ke?”sergah Aisyah bengang.

‘Mak oi!!! Garangnya… tadi dalam telefon bukan main lembut lagi suara dia. Apsal dia ni? Ada angin senggugut ke?’
“You ni, kenapa? Jom I belanja you minum nak sambil kita kenal-kenal?”
“Awak belanja anak isteri awak dulu baru fikir orang lain.” Aisyah terus beredar menyusup masuk ke dalam pasaraya membiarkan Kamal berteka teki sendirian.
‘Belanja anak isteri? Hoi!!!! Aku belum kahwinlah!’
Kamal bergegas menjejaki gadis itu. Dari jauh dilihat Aishah menghampiri seorang lelaki yang sedang menolak troli. Kemudian tangannya rapat memeluk lengan lelaki itu. Kamal mengetap bibirnya.

Sah! Memang gadis itu sudah berkahwin.
‘Spoil sungguh!!!!!’ Hatinya mengamuk!

Panas hatinya pagi ni keretanya buat hal. Air dalam tangki kering! Waktu begini pulak tu.... Sepatutnya waktu ini dia sudah ada di bilik Tuan Pengarah untuk membentangkan projek mega yang jika kertas kerjanya diterima, syarikatnya menerima berbilion-bilion ringgit malaysia keuntungan. Tapi kini wang-wang itu bagai terbakar hangus seperti asap yang keluar dari celah keretanya.

Tali leher yang terjerut dilehernya dilonggarkan. Serba tak kena dirinya pagi ini. Panggilan telefon dibuat meminta mesyuarat ditangguhkan setengah jam. Sebolehnya dia cuba kejar masa. Hatinya macam nak meletup saat ini. Mahu dilepaskan marahnya. Tapi dimana? Dimana?!!!!!

Arrrrggghhhhhh!!!!!
Dia menjerit. Lantaklah kalau ada yang melihatnya tika ini. Sudah memang ragam hidup dikota penuh dengan tekanan.

Sayup-sayup dilihat bas awam menghampirinya. Tanpa berlengah waktu, pantas diambil beg kerjanya dan mengunci seluruh pintu kereta sebelum menahan bas itu. Bas yang penuh muatan itu berhenti. Kamal mengeluh. Mahu tidak mahu kenalah dia naik bas ini ke tempat kerja. Itu saja jalan penyelesaian yang ada ketika ini.
Satu demi satu penumpang turun ke destinasi mereka. Makin lama bas yang padat tadi menjadi sedikit lengang. Kamal mula mencari tempat kosong untuk duduk. Sengal mula terasa diseluruh sendinya. Tidak pernah terfikir olehnya hari ini dia akan berada di dalam sebuah bas. Kamal mengeluh berat. Tubuhnya didudukkan disebelah seorang gadis. Sekilas dipandang empunya wajah itu. Sekali lagi dia memandang. Kali ini untuk satu kepastian.

“Kita ni macam ada jodoh pulak ye?” Kamal bersuara gembira.sekaligus menarik perhatian gadis itu. Aisyah menoleh memandang kearah Kamal. Dahinya berkerut.
“Awak lagi? Ermmm, pakai baju cantik-cantik tapi mampu naik bas je ke?” sindir Aisyah tajam sambil memandang keluar jendela.
‘Perggghhhh!!! Sakit hati aku.’ Rasa nak meletup saja hati Kamal tika itu. Mahu tidaknya, sudahlah keretanya buat hal, gadis ni pula menyindirnya.

Kamal tersenyum. Sesungguhnya kehadiran gadis disebelahnya sedikit sebanyak membantu mengurangkan ketegangannya hari ini. Gadis ini... bukanlah cantik mana jika dibandingkan gadis-gadis yang pernah didampinginya dulu. Mereka lebih cantik sepuluh duapuluh kali ganda dari gadis ini. Pada matanya, Aishah hanya biasa saja, teramat biasa. Macam budak kampung!

‘Tak reti ke nak melawa sikit? Pakai seksi-seksi ke? Baru lah nampak menawan...’ ngomel Kamal sendirian. Entah mengapa sejak tadi dia masih bisa mengawal marahnya. Dia masih boleh tersenyum lagi menatap wajah gadis itu. Walaupun wajah itu tidak pernah tersenyum manis padanya.
“Kereta saya rosak masa tengah jalan tadi.”
“Padan muka!!!” balas Aisyah antara dengar dan tidak.
“Apa dia?”
Aisyah bungkam. Dari tadi pandangannya sengaja diheret keluar tingkap. Perbualan sepi seketika. Kamal memandang ke arah fail didalam dakapan gadis itu.
“Nak pergi temuduga ya?”
Tidak berjawab.
“You… betul ke dah kahwin?”
Masih begitu juga.
“I sumpah kalau you belum kahwin…. Kita jumpa kali ketiga, I akan pinang you masa kita terjumpa kali ke empat.”
Aisyah tersentak.
“Awak ni gila ke? Agaknya semua orang kat KL ni suka buat kerja gila ya?” Pantas Aisyah berdiri menekan loceng. Dia tidak mahu berada lama bersama lelaki itu. Nanti hilang sabarnya. Orang yang dah kahwin berani sumpah untuk memilikinya. Gila!!!!
Kamal termenung eketika membiarkan gadis itu pergi begitu saja. Dia melepaskan keluhan berat. ‘Salah ke apa yang aku cakap?’
Telefon didakapan telinganya diletakkan dia atas meja. Kamal termenung seketika. Baru kejap tadi Makcik Leha telefon, dia kurang sihat untuk datang mengemaskan rumahnya. Sepatutnya setiap hari Jumaat Mak Leha akan datang mengemas rumahnya dan mengumpulkan pakaian kotor. Tapi hari ni Mak Leha tak sihat. Sekarang bagaimana?

Aduh…..
Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Pantas dicapainya.
“Ya, Mak Leha?”
“Encik, Nanti saya suruh orang datang kemaskan rumah encik Kamal.”
“Errr Mak Leha..... Tak payah lah!”
“Tak pe encik… saya kenal dia ni.”
‘Aduh… matilah kalau dia tau hal dalam bilik aku tu….’
“Errrr… Mak Leha…” Kamal bersuara lambat. Suaranya mematikan bicara suara tua itu. Mak Leha menanti dengan teliti apa yang bakal diperkatakan oleh majikannya itu. Bukan sehari dua dia mengenali Kamal. Sudah dekat empat tahun iaitu sejak lelaki itu berpindah dikondominium mewah berhampiran dengan flat kediamannya. Kalau bukan kerana Kamal, sudah tentu dia tidak dapat menyara tiga orang cucunya yang yatim piatu itu.
“Mak Leha, Mak Leha tahukan rumah saya ada macam-macam rahsia dalamnya? Bukan tu je, dalam almari tu ada-”Katanya dipotong.

“Saya tahu encik… Jangan bimbang saya dah bagitahu dia jangan usik almari encik tu. Hishhh… encik ni, dari dulu saya dah bagitahu jangan bawa perempuan balik rumah. Jangan buat benda maksiat tu. Tak baik… encik tak nak dengar.” Mak Leha berleter bagai meleterkan anak sendiri. Kamal tersenyum. Dia senang mendengar leteran orang tua itu. Walaupun seakan amaran tetapi nadanya masih lembut.

“Mak Leha ni… saya dah lama tinggalkan benda tu. Saya dah tak bawa perempuan balik rumah lagi. Kali ni saya memang nak cari isteri. Mak Leha ada calon?”
“Ada! Budak ni lah yang saya nak kenalkan tu, encik Kamal… Budak ni baik, sopan dan rajin. Cukup dengar kata. Dulu dia duduk Muar. Lepas nenek dia meninggal dia duduk dengan ayahnya disini.”
Kamal tersenyum lagi. Kali ni lebar. Tercuit hatinya mendengar suara Mak Leha yang riuh rendah dipagi hari. ‘Errrmmm Mak Leha ni, kata tak sihat? Dalam tak sihat pun riuh rendah lagi mulut nya..’
“Tapi encik, dia ni janda.”
“Tak apalah Mak Leha.. biar saya cari sendiri.”
“Encik Kamal tak nak janda ya? Mak Leha faham….” Suara tua itu mula mengendur. Mungkin salah calon yang dicadangkan. Kali ni suara Kamal terlontar ketawa. Berdekah-dekah bunyinya.
“Mak Leha…..” Ketawanya masih bersisa. “Saya bukan memilihlah. Kalau dah takdir saya dengan jandapun saya terima. Janda ni lagi banyak pengalaman.” Kamal mula berbalas senda.
“Hishhhh! Kesitu pulak encik Kamal ni.” Suara Mak Leha menerjah sedikit marah berbaur malu. Makin galaklah derai tawa Kamal. Dia memang suka mengusik Mak Leha.

“Encik Kamal balik solat Jumaat ke?”
“Tak tahu lagi, kenapa Mak Leha?”
“Kalau balik, saya suruh dia pulang awal. Nanti ganggu pula encik Kamal nak berehat kat rumah.”
“Mmmm…. Saya rasa tak kot.”
Perbualan berhenti disitu. Kamal bersandar memikirkan anak saudara Mak Leha yang akan mengemas rumahnya itu. Telefon dimeja kerjanya berbunyi. Panggilan itu dijawab.
“Mal, kau bawa tak tender Kayangan Emas.”
“Kenapa?”
“Tan Sri Mokhtar nak aku present pasal tender tu kat dia petang ni.” Suara Bob menerjah risau. Kamal mencari-cari fail milik Kayang Emas diatas mejanya. Tiada!
“Bukan ke tender tu dateline dia ada dua minggu lagi?”
“hummmm…”Sekadar keluhan dicorong telefon itu. Kamal juga mengeluh sama di dalam hati. Siapa tak kenal dengan Tan Sri Mokhtar. Kalau dia nak hari ni jangan dipersoalkan kenapa. Kamal melihat jam ditangannya.
“Pukul berapa kau nak present?”
“Jam tiga.”
“Aku rasa ada kat rumahlah. Kereta aku ada kat worksyop, petang nanti baru siap. Solat jumaat aku tumpang kau, then hantar aku terus ke rumah.”
“Ok.”

Aisyah berdengus kepenatan.
“Penattttttnya!!!!!”keluhnya lagi. Dia mengetap bibir memerhatikan segala kelengkapan rumah itu. Lantai sudah dimop… Pinggan mangkuk kotor sudah dicuci…. Baju sudah dibasuh…hum, cadar juga sudah berganti. Aisyah mengeluh lagi. Matanya kemudian beralih ke atas dapur masak. Lauk kari ayam sedang menggelegak di dapur. ‘Kejap lagi boleh masuk santan ni’fikir Aisyah sendirian. Aisyah duduk termangu dimeja makan. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan Mak Long pagi tadi.
“Kau kata nak pergi temuduga, Esyah!”

Aisyah melontar keluh hampa serta merta. Semuanya gara-gara lelaki dalam bas tadi. Bibirnya diketap perlahan sebelum matanya menerjah kearah Mak Longnya.
“Esyah tak pergi Mak Long…”
“Kenapa?”
“Entahlaaaa…..”balas Aisyah lemah. Malas nak diberitahu Mak Long pasal lelaki itu. Sejurus itu kedengaran batuk keras dari Mak Longnya. Ianya menarik perhatian Aisyah serta merta. Dahinya berkerut melihat Mak Long.
“Mak Long sakit ke?”
“Hukkk… uhuukkk!!! Uhuuukkkkk!!!”Batuk itu menjawab segalanya.
“Esyah bawa Mak Long pergi klinik nak?”

Mak Long menggeleng. “Tak payahlah, Esyah. Dah dua hari dah batuk ni.Nanti legalah dia. Mak Long tak apa-apa. Ni…Mak Long nak mintak tolong sikit boleh?”
“Tolong?”pantas dianggukkan kepalanya tanda setuju.
“Mak Long tak dapat pergi kerja hari ni, Esyah tolong gantikan Mak Long boleh?”
“Kerja kemas rumah majikan Mak Long tu ke?” Mak Long angguk sayu. Aisyah mengangguk sambil tersenyum. Sengaja mengubat hati si tua itu. Lagipun dia memang tidak buat apa-apa dirumah. Ayahnya sibuk jadi pengawal keselamatan di bank. Kalau balik pun lewat petang nanti.

“Esyah masak lauk dulu kat rumah, lepas masak Aisyah pergi ya, Mak Long?” Mak Long mengangguk gembira sambil menunjukkan alamat rumah majikannya.
“Jangan buka almari dia ya?”pesan Mak Long sebelum Aisyah beredar.
Aisyah mengeluh perlahan. Dia bingkas menghampiri dapur masak, santan pekat dimasukkan ke dalam periuk. Dibiarkan santan itu sebati dengan kuah kari itu. Perlahan-lahan lauk itu dikacau dengan senduk. Sedikit garam dan bahan perasa di tambah. Kemudian dirasa lauk itu dari hujung senduk. Cukup rasanya….

‘Jangan buka almari dia ye, Mak Long…. Huh!! Naper? Takut pecah tembelang ye? Jantan tak malu…. Buat maksiat. Tak sedar diri yang Tuhan nampak apa dia buat.’ gerutu hati Aisyah marah bila teringatkan pakaian dalam wanita yang tersusun elok didalam almari majikan Mak Longnya itu. Mak Long kata majikannya bujang?
Gas dimatikan. Dia bergerak ke ruang tamu. Mencari-cari tudung kepalanya. Kemudian menghela nafas lega bila terlihat tudung itu tersangkut di bahu sofa. Nasib baik majikan Mak Long tak balik tengahari ni. Boleh la Aisyah keluar lewat sikit dari rumah itu. Aisyah mencapai bukunya dari dalam beg sandang. Direbahkan tubuhnya berlunjur disofa bersama sebuah buku lalu menyambung pembacaannya yang tertangguh. Makin lama matanya kian layu….. dia terlena.

“Masuk dulu, Bob….”pelawa Kamal tika membuka pintu rumahnya. Bob terima pelawaan itu sambil membiarkan Kamal bergegas ke bilik kerjanya. Dia terpana melihat sekujur tubuh tertidur di atas sofa milik sahabatnya.
“Nah! Ni fail tender tu.” Kamal menyerahkan fail berwarna hitam itu. Bob menunding jarinya kearah sekujur tubuh yang terbaring santai di sofa. Kamal menoleh memandang kearah yang dimaksudkan oleh sahabatnya. Dahinya terangkat-hairan.
‘Biar benar! Perempuan ni lagi ke?’
“Kau…. Masih bawa perempuan balik rumah lagi ke, Mal?” Soal Bob sedikit berbisik.
“Eh?! Kau janganlah fitnahkan aku Bob. Dulu aku memang jahat, sekarang aku dah taubat dah. Aku rasa perempuan ni anak saudara Mak Leha lah. Tak apa, biar aku kejutkan dia….” Kamal menghampiri gadis itu lalu mencuit tubuh kecil itu hingga tersedar. Aisyah tersentak seraya menegakkan tubuhnya serta merta. Dia benar-benar terkejut melihat dua orang lelaki asing itu.
“Biar aku balik office dulu lah, Mal.”
“Eh? Nantilah dulu….”

“Aku nak jumpa Tan Sri lepas ni. Dia tu semuanya nak cepat. Kalau lambat, matilah aku nanti.” Kamal akur dengan kenyataan Bob. Dia memang faham sangat dengan karenah majikannya. Matanya mengiringi pemergian Bob sebelum bertapak diwajah gadis itu. Sedikit kaku melihat leher jinjang milik Aisyah. Rupanya gadis ini lebih cantik tanpa bertudung. Agaknya kalau dibuka cermin matanya mungkin lagi cantik.
“Awak pandang apa ni?”soal Aisyah garang. Kamal tersenyum nipis. Lalu duduk disebelah Aisyah.
‘Mmmm, masih garang lah!’
“Rumah I dah kemas ya?” Kamal meneliti setiap inci ruang rumahnya. Kemudian beralih ke dapur. Menjengah ke dalam periuk lauk seketika. Tiba-tiba perutnya berkeroncong kelaparan akibat dek aroma yang menyelerakan itu.
“I nak makan….”
“Makanlah! Saya nak balik.” Ujar Aisyah mencapai tudungnya.
“Hey, why you’re so hurry huh?”
“Sorry, saya tak tahu awak cakap apa.”balas Aisyah jengkel. Kamal terdiam seketika. Tubuhnya didudukkan di kerusi makan. Cuba memahami situasi yang berlaku sebentar tadi.

“Boleh temankan I makan?”
“Tak reti makan sorang ke?”
“Takkkkk…..” Aisyah berdengus geram. Memang meluat melihat karenah lelaki ini. Sejak hari pertama lagi dia meluat dengan Kamal. Tapi kenapa?
“Apa yang you takut sangat ni?”
“Takut tinggal dengan awaklah!” Kamal ketawa. Selama ini perempuan sibuk nak berkepit dengannya. Tapi gadis ini pula takut untuk berdamping dengannya. Satu cabaran ni…
“I bukan makan orang…..”
“Memang tak makan orang, tapi berdua macam ni boleh buat orang fitnah saya tau.”
“Kat KL ni mana ada orang sibuk nak ambil tahu hal you… Don’t worry, mereka tak kisah kita berdua macam ni.”

Panas telinga Aisyah. “Memanglah mereka tu tak kisah sebab mereka manusia, sama buat dosa macam awak. Tapi Tuhan kisah! Dia yang nampak.” Sergah Aisyah garang.

Gulppp!
Takut Kamal dengan perempuan ni.
Garang sesangat…..
“Kalau macam tu, you baliklah. I boleh makan sendiri.” Suara Kamal mengendur seakan merajuk. Hati Aisyah berdongkol geram. Semakin geram dengan karenah kebudak-budakan Kamal. Mak Long tidak pula bagitahu yang majikannya ni mengada-ngada! Teringat Mak Long, hati aisyah dipagut bimbang. Manalah tahu kalau lelaki ini mengadu setiap tingkah lakunya. Malulah dia…

Mahu tidak mahu Aisyah isikan lauk-pauk yang dimasak tadi kedalam mangkuk sebelum dihidangkan di atas meja. Sepinggan nasi dihulurkan kepada Kamal. Lelaki itu menyambut dengan hati yang riang. Sangat riang sebenarnya. Entah mengapa hatinya dapat merasakan jodohnya semakin dekat. Mungkinkah ini pilihan Tuhan? Mungkinkah dia ini yang Tuhan ingin tunjukkan dalam istikharahnya? Dan inikah kehidupannya akan datang?

Jika inilah kehebatan alam rumah tangga yang bakal diterima, dia sanggup memilikinya biar sejauh mana sukarnya…
“Suami awak apa khabar?” Kamal sengaja mencungkil lubang latar belakang gadis ini. Tepat wajah Kamal ditenung oleh Aisyah.
“Suami apa ni?”
“Bukan ke hari tu awak kata awak dah kahwin?”
Aisyah berdengus geram. “Atau…. Awak ni janda?”
Bibir Aisyah berketap. Mungkin telahan lelaki itu sangat tepat. “Kenapa? Ceritalah pada I why you divorced….” Pujuk Kamal penuh simpati. Dahi Aisyah berkerut. Curiga dengan permintaan lelaki itu.

“Time makan jangan banyak bercakap!”sergah Aisyah mematikan hasrat lelaki itu. Kamal tersenyum sambil memulakan makannya.
“Taknak makan sekali? Dah dekat pukul tiga ni. Nanti perut kosong sakit pulak.”
“Saya datang sini sebab kerja bukan sebab nak makan.”
“Kenapa you ni garang sangat dengan i? ermmm… Jangan bimbang, I takkan layan you macam bekas suami you tu. I akan buat you happy sampai akhir hayat you. I berani sumpah!”

“Awak mengarut apa ni?!”keluar juga suara kasar Aisyah akhirnya. Lelaki ini perasan atau tidak sedar diri, Aisyah tak pasti. Tapi kenyataannya, lelaki itu memang diluar tahap kesabarannya. Melihat wajah selamba Kamal, Aisyah sengaja mengubah topik perbualan.
“Rumah awak saya dah kemas, baju saya dah basuh, cadar dalam bilik pun dah tukar.”
“Whhaaaat?!” Serentak itu Kamal tersedak. Pantas Aisyah menghulurkan air minuman kepada Kamal. Lelaki itu meneguk air minuman itu sampai habis. Dia berdehem beberapa kali.

“Mak Leha tak pesan ke?” soal Kamal sedikit marah. Mukanya yang manis tadi berubah serius. Kecut hati Aisyah dibuatnya. Kepalanya dijatuhkan perlahan.
“Kan I dah bagitahu jangan selongkar almari tu.”
“Saya tak selongkar pun. Saya Cuma ambil cadar baru saja.” Jawab Aisyah perlahan membela dirinya.

“Agaknya you memang suka jaga tepi kain orang ke? Semua hal dalam bilik orang nak ambil tahu!” sergah Kamal marah. Aisyah merenung wajah Kamal. Bibirnya diketap hebat. Dadanya seakan berombak menahan marah. Marah yang tak dapat dihamburkan kepada lelaki ini.
“So you dah tahukan keburukan i? Puas hati you sekarang? Kalau you nak tahu I ni kaki betina. Selalu bawa balik untuk tidur dengan mereka. Kalau you nak, kita boleh buat sekarang. I sure, you pun dah lama tak dapat kan?”

Aisyah menghampiri Kamal. Wajah mereka memang terlalu dekat. Gadis itu merenung dalam anak mata Kamal. Hanya nafas kecil terasa turun naik hinggap ke wajahnya. Tiba-tiba tangan Aisyah hinggap dipipi Kamal. Pipinya terasa panas pijar. Itu jawapan segala kemarahan gadis itu.
Tanpa berlengah lagi Aisyah mencapai tudung dan beg sandangnya. Tanpa bicara, dia keluar dari apartment itu serta merta. Kamal termenung memandang makanan dihadapannya. Tiba-tiba seleranya mati dan serentak matanya tertujah di sofa. Sebuah buku dipandang tajuk depannya: Penenang jiwa, pengubatan dan rawatan oleh Imam Ghazali.

Lama sudah kejadian itu berlalu. Selama itulah bila Kamal tanyakan khabar tentang Aisyah pada Mak Leha, wanita itu memberitahu Aisyah sekadar sihat. Mahu ditanya lebih-lebih takut lain pula sangkaan wanita tua itu.

Tapi…
Makin dipendam rasa rindu ini makin sakit hatinya terasa sengsara. Jadi sampai bila mahu dibiarkan bunga yang dipuja dibiarkan pergi begitu saja. Paling tidak, dia harus usaha untuk milikinya.

“Nak, wak ni selalu nampak anak ni solat mahgrib dan isyak kat surau ni.. tapi tak tahu pulak namanya siapa.” Tegur seorang lelaki tua ramah kepadanya ketika dia mahu keluar dari surau.

“Saya Kamal.”
Lelaki tua itu tersenyum. “Wak ni nama Sudin”balas lelaki tua itu dengan loghat jawanya. Mereka berjalan seiring sambil berbual. Macam-macam yang ditanyakan oleh Wak Sudin kepada Kamal sehinggalah mereka tiba di blok perumahan Sudin.
“Kamal dah ada berapa orang anak?”

Kamal tersenyum. “Saya belum kahwin lagi..”
“Bujanglah ni… kalau gitu, marilah ke rumah wak.”pelawa Wak Sudin yang senang membahasakan dirinya wak. Kamal terkejut menerima pelawaan lelaki tua itu. Dia cuba menolak dengan baik. Kalau boleh tidak mahu diganggu waktu emas yang ada pada keluarga itu.

“Tak apalah wak… susahkan wak saja.”
“Eh, tidaklah! Wak tinggal berdua je dengan anak wak. Marilah, boleh kita makan malam sama. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.” Kamal mengangguk setuju.
Daun pintu rumah ditolak perlahan. Suasana perumahan flat memang agak suram memandangkan bangunan itu juga sudah agak lama. Penghuninya juga terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Namun keriuhannya jelas terasa.
Mata Kamal bertembung dengan mata anak Wak Sudin. Mereka terpana seketika.
“Eh, Kamal! Apa tercegat kat situ je, masuklah! Jangan segan-segan. Esyah, hidangkan nasi. Abah ada bawa tamu ni.”

Aisyah yang tadi duduk menonton televisyen terus bingkas kedapur. Wak Sudin mempelawa Kamal duduk. Seluruh ruang itu diperhatikan teliti. Biarpun sempit tapi nampak kemas.“Dah lama wak duduk sini?”
“Lama juga. Isteri wak meninggal masa Aisyah umur sepuluh tahun. Wak nak bela Aisyah, tahu sajalah KL ni…. teruk sangat kelakuan remaja-remajanya. Jadi, wak hantar dia ke kampung. Sekurang-kurangnya boleh jaga nenek dia. Masa umur dia 18tahun orang masuk meminang, dia pun kahwin. Suami dia tu bagus orangnya. Tapi sayang, jodoh tak panjang. Suami dia mati lemas masa banjir besar dulu.”
“Berapa lama mereka kahwin?”
“Dua tahun.”
“Tak ada anak?”

Wak Sudin menggeleng kepala. “Lepas suami dia meninggal, Wak ada ajak dia datang ke KL ni tapi dia tak mahu. Dia kata nak jaga nenek. Enam bulan lepas neneknya meninggal barulah dia mahu kemari. Itupun dah naik jenuh Mak Longnya memujuk. Wak bukan apa, kat sana tu dah tak ada sesiapa nak tengok-tengok kan dia. Kalau kat sini, dapat jugaklah temankan Wak kat rumah ni. Tak pun, temankan Mak Longnya bila Wak kerja.”
“Wak kerja kat mana?”
“Wak ni jadi jaga di bank, Kamal. Kalau Wak tak kerja, nanti kami nak makan apa?”
“Abah….” Suara Aisyah mencelah. Perbualan yang tadi rancak mati tiba-tiba. Kedua lelaki itu memandang serentak ke arahnya. “Esyah dah hidangkan… dah boleh ajak makan.”
“Mari Kamal…. Ini saja yang ada kat rumah Wak ni.”
“Ini pun dah lebih dari cukup, Wak….” Pujuk Kamal menyurut rasa rendah diri Wak Sudin. Mereka duduk semeja mengadap lauk pauk yang agak ringkas itu sementara Aisyah menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
“Awak tak makan sama?” pelawa Kamal kearah Aisyah.
Dari tadi wajah Aisyah masam mencuka. Marahnya masih bersisa lagi Nampak nya. Pinggan yang diunjukkan oleh Aisyah disambut juga akhirnya. Aisyah menjeling kearah Kamal sebelum masuk ke dalam bilik.
“Dah berapa tahun arwah suaminya meninggal?”
“Mmm… dekat….8 tahun!” Jawab Wak Sudin lambat sambil mencongak-congak dalam fikiran. ‘ermm 28 ke umur dia?’
“Tak ada yang melamar lagi ke Wak?”
“Ada! Ramai…. Tapi itulah. Anak Wak yang tak nak.”
“Kenapa?”
“Wak pun tak tahulah Kamal.” Ada keluhan yang bertandang dihujung suara Wak Sudin. Kamal tidak bersoal lebih lanjut lagi. Makanan yang dijamah tadi sudah tidak terasa dikerokongnya. Dia mahu bertindak nekad. Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. Dilihat wak Sudin telah membasuh tangannya. Kamal mempercepatkan suapannya. Selesai meneguk air Wak Sudin keruang tamu.

“Esyah, dah... pergi makan.”mendengar suara bapanya, Aisyah keluar dari bilik. Dia membawa pinggan bapanya ke dapur lalu kembali bersama pinggan yang baru.
“Aku nak lamar kau!”beritahu Kamal separuh berbisik kepada Aisyah. Gadis itu menjeling. Tidak gemar melayan gurauan lelaki itu. Kamal membasuh tangannya lalu dilap tangannya dengan sapu tangan yang ada disitu. Akhirnya dia menyertai Wak Sudin diruang tamu. Melihatkan Kamal dan Wak Sudin kembali berbual, Aisyah menyediakan kopi panas. Beberapa minit kemudian dihidangkan sebelum meneruskan suapannya semula.

“Wak…”
Kamal bersuara. Wak Sudin memasang telinga menanti butir bicara anak muda itu. Entah mengapa karenah Kamal agak berlainan tiba-tiba.
“Saya ingin melamar Aisyah menjadi isteri saya.”
Wak Sudin terkejut lantas terpinga-pinga kehairan. Dia sedikit tersenyum tawar. “Barangkali Kamal ada sedikit salah faham disebalik cerita Wak tadi…. Anak Wak ni janda, bukan lagi anak dara. Dia juga bukan orang Bandar, Kamal. Lagi pula, cerita tadi bukan mahu meminta simpati.”
“Saya tahu. Saya dah pun kenal dia sebelum ni. Aisyah ni anak saudara Mak Lehakan? Saya tuan rumah tempat Mak Leha bekerja.”
“Masha Allah! Kecil sungguh dunia ni ya…..”
Kamal mengangguk mengakui kata-kata Wak Sudin. Sesekali matanya melirik kearah Aisyah yang membisu di meja makan. Dia perlukan kata putus dari bapa perempuan itu.
“Jika itu hajat Kamal, kalau boleh biarlah kita buat cara yang tertib. Bawa orang tua datang bertandang ke mari. Kita boleh kenal-kenal.”

“Tak payah….!”terdengar suara Aisyah menyampuk dari belakang bapanya. Mata Kamal menerjah tepat ke wajah Aisyah. “Saya tak dapat terima lamaran tu.” Aisyah berkeras memberi kata putus.
“Saya akan datang bersama keluarga saya hujung minggu ni. Kalau pakcik nak terima, terimalah masa tu… dan kalau nak tolak, tolaklah masa tu juga. Ermmm, saya minta diri dulu.”
“Nanti dulu….!!!”Suara Aisyah menerjah lagi. Langkah kaki Kamal terhenti walaupun sudah berdiri untuk melangkah pergi.
“Saya sudi terima kalau awak terima syaratnya”
“Apa syaratnya?”
Aisyah menarik dan melepaskan nafas beratnya. “Duit hantaran sebanyak lima ratus ribu dan…. Tinggalkan segala kekayaan dan kejayaan yang awak miliki sekarang ni. Saya mahu awak tinggalkan kehidupan bandar dan tinggal dikampung.”
Kamal tersentak.
“What? Are you sick!!!!”
“Terpulang……”putus Aisyah berserah.
“Jangan ambil hati Kamal. Aisyah bergurau saja tu.”
“Esyah tak gurau abah! Esyah sedia terima lamaran dia.”
Kamal merenung wajah Aisyah dalam-dalam mencari maksud sebenar bicara gadis itu. Tidak sedikitpun rasa bersalah dihati Aisyah. Kamal mengangguk mengerti sebelum beredar meninggalkan flat itu.

*******************************************

“Kau gila ke Mal!” Sergah ayahnya apabila Kamal memberitahu syarat yang diletakkan oleh gadis pilihannya. Marah benar Tan Sri Tajudin apabila mendapat tahu permintaan pihak perempuan sebegitu tinggi. Kamal tersandar lesu di sofa. Berminggu-minggu dia memikirkan keputusannya. Dia sendiri tidak menyangka keputusan Aisyah sangat muktamad. Malah ketika majlis merisik dua minggu sudah juga dinyatakan tentang pendiriannya itu.

Dan baru kejap tadi Kamal bersetuju dengan permintaan Aisyah. Dia sanggup memberikan satu juta sekalipun kalau Aisyah mahu sebagai hantaran. Tapi permintaan kedua yang minta dia tinggalkan segala yang dicipta selama ini... itu tidak mungkin. Bukan senang dibina segala kejayaan ini. Semuanya bukan dapat dengan percuma.
“Esok saya nak resign…..”putus Kamal bersahaja.
“Kau dah fakir masak-masak, Kamal?” Soal Puan Seri Rohani. Bingung Kamal dibuatnya.
“Kan perempuan kat Bandar ni berlambak… kenapa budak kampung tu juga yang kau nak?” Sergah Tan Sri tajudin.
“Dia bukan orang yang sembarangan papa.”
“Memanglah... sebab dia janda! Baiklah… suka hati kau nak buat apa. Tapi jangan menyesal kalau kau tertipu dengan muslihat perempuan tu.”
“Hmmmm…. “Kamal sekadar melepaskan keluhan. Hatinya sudah tidak keruan lagi. Mana bisa dibuat sebarang perbandingan yang baik atau yang buruk. Yang dia tahu hanyalah Aisyah. Aisyah… Aisyah... Aisyah!

********************************************
Aisyah tidak tahu kemana Kamal menghilang. Sejak permintaan hantaran dan syarat yang lain diterima, Kamal menyepi begitu saja. Fikiran Aisyah tidak tenang kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi setelah mendapat warkah yang tidak diundang.

Aisyah,
Pertama kali melihatmu aku jatuh hati. Kau tidaklah secantik Diana. Malah tak seseksi perempuan yang aku kenali dan miliki dulu. Kau cuma perempuan biasa yang berbaju kurung dan bertudung. Tapi itu sudah cukup untuk membuat hati aku terpikat.
Sejak pertama kali lagi aku telah berniat dan beristikharah, jika ini jodoh aku.. lepas tiga kali aku jumpa kau, aku akan miliki kau walau apa cara sekalipun. Dan kini aku dalam proses itu.

Ketika kau baca surat ini, aku telah tinggalkan segala kemewahan yang aku miliki disini. Pergi tanpa harta yang penah aku miliki. Dalam usia 35 tahun ini aku terpaksa memulakan semula kehidupan aku semata-mata untuk milikimu. Aku akan bina empayar aku sendiri untuk miliki kau.

Dan permintaan aku….
Jika sejuta ringgit sekalipun yang kau minta aku sanggup berikan asal kau terima sekeping hati ini sebagai hantarannya. Terimalah dengan setulus cintamu. Berikan aku masa enam bulan. Pasti segalanya akan berjalan seperti yang kita rancang. Tunggulah aku walau sekali… Yang mencintaimu, Kamal Asyriq.


Aisyah merenyuk surat yang diterima itu. Lalu dicampak entah kemana. Marahnya masih bersisa terhadap lelaki itu. ‘Orang gila!!!’sumpah Aisyah marah. Namun sedetik itu terselit rasa rindu dihatinya. Dia menghitung hari-hari yang bakal berlalu. Terasa jauh sekali untuk menanti waktu itu.

Sungguh Aisyah tidak sanggup berada dibandar serba padat ini. Apatah lagi menanti kata putus Kamal yang kian menghampiri. Benarkah Kamal tetap mahu memilikinya juga? Mengapa dia?

Aisyah tak pasti apakah benar apa yang dibuat ni? Kehadiran Puan Seri Rohani meminta dia meninggalkan Kamal telah ditunaikan. Dia kini sudah pulang kembali ke kampung, rumah peninggalan neneknya. Biarlah dia berada disitu meneruskan kehidupannya. Cukuplah Bandaraya Kuala Lumpur meninggalkan kenangan seribu satu rasa.
“Apa yang kau menungkan tu Esyah?” Sergah Mak Long yang juga mengambil keputusan untuk menetap dikampung. Aisyah memandang Mak Longnya dengan wajah yang suram.

Faham ke Mak Long apa yang dirasa kini?
“Ni ada orang nak jumpa Esyah ni...” kata-kata Mak Long menarik matanya memandang ke arah wanita tua itu. Di sisinya berdiri seorang yang amat dikenali dulu....

Kamal!?
Mak Long meninggalkan mereka berdua di situ. Ada baiknya dikhabarkan kedatangan Kamal kepada adiknya, Sudin.
“Awak buat apa kat sini?” soal Aisyah kurang senang dengan kemunculan Kamal. Akhirnya berjaya juga lelaki itu menjejaknya.

“Ni dia cek lima ratus ribu yang kau mahu tu. Dan aku dah tinggalkan semua yang aku ada selama ini... jawatan.. harta benda aku.... semuanya! Aku nak kau tunaikan janji kau, Kita akan bina hidup kita di sini, dikampung kau ni.”ujar Kamal. Cek ditangan Kamal tidak disambut. Aisyah berteleku di tepi tangga.
“Saya terlupa, awak memang mampu untuk sediakan wang lima ratus ribu itu” ujar Aisyah sinis.

“Kau ingat aku minta dengan bapa aku ke? Duit tu hasil dari penjualan apartment aku dan kereta. Selebihnya sedikit syer yang aku ada dekat syarikat papa. Mmm, aku dah tak ada apa-apa dah!” Suara Kamal sedikit mengendur lemah. Dia masih belum mampu percaya akan apa yang dilakukan ini.

“Jadi menyesal?”
“Menyesal? Setelah sampai ke tahap ini? Aku tak menyesal sikitpun. Aku cuma mahukan kau. Duit bila-bila boleh cari.”
“Awak ni tak faham ke... apa yang saya dah buat kat awak?”Wajah Aisyah direnung dalam-dalam. Apa yang dia tidak faham? Apa yang aisyah cuba buat padanya?
“Saya buat semua ni sebab….” Aisyah tunduk. Dia tidak menyangka sejauh ini kerumitan yang berlaku. Kamal masih kaku berdiri dihadapan Aisyah. Masih setia menanti butir bicara gadis itu. Harus bagaimana lagi dibuktikan kesungguhannya untuk memiliki cinta si gadis ini? Pengorbanannya sudah terlalu jauh dilakukan. Dia sudah tidak mampu berundur lagi.

“Saya... saya tak mahu kahwin dengan awak.”
“What?!”
“Saya minta semua ni sebab tak mahu awak meminang saya sekali gus tak jadi kawin dengan saya. Saya tak nak kahwin dengan awak!”
“Why?”
“saya janda! Tak faham ke?”
“Aku pun bukan teruna lagi.”
Aisyah ketap bibir. Tidak senang dengan bicara lelaki itu. Kamal tersenyum lembut.
“Saya tak mampu ada dalam kehidupan sosial awak. Saya tak mahu berkongsi kehidupan maksiat akan datang...”
Kamal tersenyum.
“Aisyah, bagitahu aku… Kau cintakan aku atau tak?”
“Tak!”

Kamal mengangguk faham. Dia seakan kecewa. Tidak sangka hati gadis ini begitu tebal untuk tertarik kepadanya. Dia mengeluar kan sesuatu dari beg sandangnya lalu diserahkan kitab Penenang jiwa, pengubatan dan rawatan oleh Imam Ghazali kepada Aisyah. Dahi gadis itu berkerut menerima kitab itu.
“Kau tertinggal kitab ni kat rumah aku dulu. Aku nak pulangkan semula. Kitab ni banyak gunanya pada aku. Terima kasih sebab layan aku begini, Aisyah.” Langkah kakinya mula digerakkan melangkah ke bahu jalan.

“Tapi saya akan terimanya kalau awak bagi saya hantaran yang lebih mahal dari tu.”sambung Aisyah lagi. Kamal menoleh, matanya berkelip beberapa kali.
“Nak duit lagi ke?” dahinya berkerut. ‘Mata duitan betulla pompuan nih...’
“Lebih dari duit.”
‘Lebih dari itu... huh... camni reputlah nyawa aku.’Kamal kembali semula menghampiri Aisyah. Kali ini dia ingin bersemuka dengan gadis ini. Mahu Perbincangan yang muktamad dan jelas. ‘Senang-senang aku bawak lari je anak Wak Sudin ni kang... habis cerita!”

“Apa?”
“Hantarannya; sekeping hati awak tu.” Redup mata Aisyah menjawab jawapan itu. Merekah senyuman Kamal mendengarnya.
“Terima Kasih, Aisyah!” Kamal memeluk Aisyah. Cuak aisyah tiba-tiba dipeluk begitu.
“Eh apa ni?!” Spontan tangan Kamal melepaskan pelukan di tubuh Aisyah. Mereka belum sah untuk disatukan. Mana bisa berbuat lebih dari itu. Kamal tersipu malu. Dia lupa untuk mengawal perasaannya.

“Aisyah marah?”
“Hmmmm....” hanya sekadar itu saja?
“Bila awak nak bagi hantaran tu?” soalan berubah tajuk.
“Hantaran lima ratus ribu tu ke?”
Aisyah berdenyus manja seakan merajuk. ‘Dah tua-tua pun tak faham-faham lagi cakap orang....’
Kamal tersenyum. Kali ini senyumnya amat tenang sekali. Sedikit demi sedikit dia makin mengenali Aisyah. Rupanya gadis ini manja orangnya. Mungkin ada banyak lagi yang Kamal tidak tahu keistimewaannya.
“Jangankan hati, sayang! isi perutpun abang sanggup bagi tau.” Bisik Kamal nakal.
“Ermmm... abang nak kerja semula dengan keluarga abang ke?”
‘Abang? Hehehe.... Aisyah panggil aku abang? Yahoooooo.... Aisyah panggil aku abang. Yessss... Yessss.... Yessss!!!!!’
“Errrr.... sayang nak ke balik ke KL semula?”
Aisyah sekadar memandangnya tanpa bicara. Dia sendiri menanti bicara dari Kamal. Masing-masing sepi sendiri.

“Abang dah ada syarikat disini. Dalam tempoh 6 bulan ni perkembangannya memberansangkan. Dijangka hujung tahun ni keuntungan akan melepasi satu juta ringgit. Dua kali ganda dari duit hantaran sayang. Ambillah cek ni....”
“Nak buat apa?” suara Aisyah sedikit geram. Wajah Kamal dijeling tajam. ‘Mamat ni memang nak cari pasal nampak....’
“Abang nak gadaikan hati abang eh?”
“Eh, tak lah! Ini duit Aisyah... sayang buatlah apa yang sayang nak.”
“Ok...” Aisyah mengambil cek itu lalu mengoyakkannya. Kamal faham apa yang dimaksudkan oleh Aisyah. Dah dia yang kata begitu....
“Abang cuma nak sayang je. Tolong lah, tolong cintai abang sepenuh hati sebab lepas ni abang mahu sayang bahagia berada disisi abang.”
Aisyah tersenyum malu. Kata-kata itu cukup menyenangkan. Dan saat itu barulah Kamal dapat menikmati sekuntum senyum yang terlalu lokek dari Aisyah selama ini. Hantaran hati buat Aisyah….

‘Hanya hatimu yang ku mahukan. Kesungguhanmu jawapan untuk kasih sayangku….’

-TAMAT-